Diriku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

Ilahi, Engkaulah tujuan ku. Keredhaan Mu yg ku cari. Berilah aku kekuatan Ya Allah agar mendapat Ma'rifat Mu. Sucikan Hati Ku, Jiwa Ku, Akal Ku, Jasad Ku.

Aku bukan lah seorang Ustaz, Aku juga bukan lah seorang Alim,
Malah aku bukan lah seorang Ulama, dan aku juga bukan lah seorang Mufti,
Aku hanya lah seorang pelajar yang dahagakan ilmu....

Diriku kosong, jiwa ku kosong...hidup ku merasa kosong dan kekeringan. Ntah kenapa?
Aku sentiasa mencari untuk memuaskan jiwa ku ini. Tidak pernah hilang kedahagaanku.

Itu lah Ilmu.

Maka dengan Amal aku merasa dan menikmatinya.

Dan aku disini hanya lah sekadar ingin berkongsi dengan kalian yang dahagakan ilmu seperti aku. Hanya lah sekadar, hanyalah sekadar. Kerana diri ku ini terlah sangat cetek ilmunya. Just apa yang aku fikirkan. Mungkin kah hidup ku tidak lama, apa kah mungkin bila-bila sahaja aku akan di jemput oleh yang Maha Esa, Apa kah aku akan pergi meninggalkan segala-galanya di dunia ini dengan sia-sia tanpa meninggalkan bekalan buatku di alam sana kelak?

1 comment: