Monday 30 September 2013

Tarekat & Tasawuf

Serba sedikit mengenai Tarekat di dalam Tasawuf

Serba sikit mengenai amalan tarekat ini dlm menghasilkan tasawuf yang akan membawa kepada hakikat yang benar, tauhid, amal mujahadah & riyadah yang mmbawa kpd tasawuf itu ialah zikirullah (Wirid).

Makna tarekat adalah jalan, tarekat merupakan jalan untuk beramal dengan syariah islam. Ia juga bersangkutan dengan tasawuf di dalam disiplin ilmu. Seseorg pejalan atau ahli tarekat sudah pastinya perlu mempelajari ilmu tasawuf. Manakala pelengkap bagi tasawuf adalah dengan bertarekat. Ianya saling berkait rapat bagi menyempurnakan pengisian dalam diri sesorg yang bertasawuf

Firman Allah (Al-Jinn : 15) :
 Sumber dari : quran.com/68

Kepentingan Tasawuf

Sedikit dan ringkasan akan kepentingan Tasawuf
  • Mengenal diri sendiri
  • Merupakan ilmu bagi menjaga akhlak zahir dan batin.
  • Dengan tasawuf ia akan berusaha menjaga amal soleh kita daripada rosak.
  • Dapat mengisikan hati yang kosong (Ilmu & Amal).
  • Menyucikan hati yang hitam atas perbuatan maksiat dan dosa-dosa yang lampau.
  • Menenangkan jiwa dan akal fikiran.
  • Memperbaiki amalan dan perintah (Syariat Islam).
  • Memberi kesedaran dalam diri (Hikmah).
  • Mampu mengikhlaskan hati dalam beribadah.
  • Membuatkan diri lebih menyayangi dan mencintai Allah dan Rasul lebih dari apa jua.
  • Dapat mengenal tipu daya syaitan.
  • Melembutkan hati agar kebenaran lebih mudah diterima.

Ya Allah, Ya Fattah...

Imam Malik r.a berkata :

"Sesiapa yang bertasawuf tetapi tidak bertafaqquh (memahami ilmu) maka dia telah zindiq (sesat). Dan sesiapa yang bertafaqquh tetapi tidak bertasawuf maka dia telah fasiq. Dan sesiapa yang telah menghimpunkan kedua-duanya maka dia telah tahqiq (mendapat hakikat)."

Wallahu'alam...

Sunday 29 September 2013

Pengenalan Tasawuf

Sedikit dan ringkasan bagi pengenalan tasawuf

Makna Tasawuf dalam bahasa arab mempunyai lafaz yang terdapat beberapa makna. Antaranya :
  • Al-Suf - Bulu yang menutup kulit kambing (Kebanyakan ahli sufi memakai pakaian daripada kulit atau bulu haiwan).
  • Sofaa - Bersih daripada kekotoran (Tasawuf ialah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji).
Tasawuf juga adalah usaha untuk beramal dengan ilmu dan proses mendidik jiwa yakni tazkiyah al-nufus (Perbersihan jiwa, hati, akhlak dan sebagainya)

Tasawuf juga adalah akhlak.  Allah SWT memuji Nabi Muhammad SAW dalam surah al-Qalam : 4
Sumber dari : quran.com/68

Konsep Tasawuf

Konsep Tasawuf Menurut Kacamata Ahli Sufi

KONSEP TASAWUF MENURUT KACAMATA AHLI SUFI*
Oleh: Dr. Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi**
Universiti Darul Iman Malaysia
 
Pendahuluan
Tasawuf merupakan satu cabang ilmu keislaman yang sudah diakui kebenarannya. Dari segi penamaan, ia ternyata baru muncul dalam dunia Islam. Namun hakikatnya tasawuf itu sudahpun wujud di zaman Nabi s.a.w. dan lebih dikenali dengan nama ilmu ihsan, ilmu nafi`, ilmu batin atau ilmu di dalam hati (fi al-qalb). Nama tasawuf hanya mula muncul di zaman pengkelasan ilmu. Ilmu ini semakin hari semakin dipinggirkan, bahkan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan pupus dari jiwa manusia. Mengenai ilmu ini `Ubadah bin Samit menjelaskan “sekiranya engkau ingin tahu, akan aku khabarkan kepadamu ilmu yang mula-mula diangkat dari manusia, iaitu al-khusyu`”. Tulisan ini akan menjelaskan mengenai ilmu tasawuf tersebut dengan memberikan tumpuan kepada konsep dan kedudukannya dalam Islam, cara mencapainya dan juga peranannya.

Asas Seorang Muslim

Pengertian Islam
Mentauhidkan Allah SWT, Tunduk & patuh kepadanya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Rukun Islam
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu
  3. Puasa dibulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Menunaikan Haji bagi yang mampu
Pengertian Iman
Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Rukun Iman
  1. Percaya Kepada Allah
  2. Percaya Kepada Nabi dan Rasul
  3. Percaya Kepada Malaikat
  4. Percaya Kepada Kitab2
  5. Percaya Kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada’ Qadar (Takdir)
Pengertian Ihsan
Melakukan Ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi apa yang dilakukanya

Prinsip-Prinsip Asas Islam
  • Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT
  • Manusia adalah khalifah Allah SWT
  • Menjadikan Islam sebagai cara hidup
Islam Adalah Cara Hidup
  • Iltizam dan patuh kepada hukum Islam
  • Hubungan baik sesama manusia
  • Mengiktiraf hak-hak orang lain
  • Bersikap sederhana
  • Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
  • Bersyukur dan bertawakkal
Peranan Aqidah kepada Insan
  • Panduan dan pegangan hidup
  • Pengawal diri
  • Membentuk akhlak mulia
  • Ketenangan jiwa
  • Menghindarkan penyelewengan
  • Rahmat Allah SWT
  • Kekuatan diri
Perkara yang membatalkan Aqidah
  • Mensyirikkan/menyembah selain daripada Allah SWT
  • Mengingkari juga mempersendakan hukum Allah SWT
  • Percaya akan kuasa lain selain Allah SWT
  • Menolak Al-quran & Al Sunnah
  • Ingkar akan kerasulan Nabi Muhammad SAW
Wallahu'alam...