Sunday 29 September 2013

Asas Seorang Muslim

Pengertian Islam
Mentauhidkan Allah SWT, Tunduk & patuh kepadanya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Rukun Islam
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu
  3. Puasa dibulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Menunaikan Haji bagi yang mampu
Pengertian Iman
Membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Rukun Iman
  1. Percaya Kepada Allah
  2. Percaya Kepada Nabi dan Rasul
  3. Percaya Kepada Malaikat
  4. Percaya Kepada Kitab2
  5. Percaya Kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada’ Qadar (Takdir)
Pengertian Ihsan
Melakukan Ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi apa yang dilakukanya

Prinsip-Prinsip Asas Islam
  • Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT
  • Manusia adalah khalifah Allah SWT
  • Menjadikan Islam sebagai cara hidup
Islam Adalah Cara Hidup
  • Iltizam dan patuh kepada hukum Islam
  • Hubungan baik sesama manusia
  • Mengiktiraf hak-hak orang lain
  • Bersikap sederhana
  • Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
  • Bersyukur dan bertawakkal
Peranan Aqidah kepada Insan
  • Panduan dan pegangan hidup
  • Pengawal diri
  • Membentuk akhlak mulia
  • Ketenangan jiwa
  • Menghindarkan penyelewengan
  • Rahmat Allah SWT
  • Kekuatan diri
Perkara yang membatalkan Aqidah
  • Mensyirikkan/menyembah selain daripada Allah SWT
  • Mengingkari juga mempersendakan hukum Allah SWT
  • Percaya akan kuasa lain selain Allah SWT
  • Menolak Al-quran & Al Sunnah
  • Ingkar akan kerasulan Nabi Muhammad SAW
Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment