Monday 30 September 2013

Tarekat & Tasawuf

Serba sedikit mengenai Tarekat di dalam Tasawuf

Serba sikit mengenai amalan tarekat ini dlm menghasilkan tasawuf yang akan membawa kepada hakikat yang benar, tauhid, amal mujahadah & riyadah yang mmbawa kpd tasawuf itu ialah zikirullah (Wirid).

Makna tarekat adalah jalan, tarekat merupakan jalan untuk beramal dengan syariah islam. Ia juga bersangkutan dengan tasawuf di dalam disiplin ilmu. Seseorg pejalan atau ahli tarekat sudah pastinya perlu mempelajari ilmu tasawuf. Manakala pelengkap bagi tasawuf adalah dengan bertarekat. Ianya saling berkait rapat bagi menyempurnakan pengisian dalam diri sesorg yang bertasawuf

Firman Allah (Al-Jinn : 15) :
 Sumber dari : quran.com/68


Syariah adalah apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadat, akhlak,muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini.Syariah merupakan undang-undang atau hukum Islam. Syariah juga luas maksud dan definisinya. Syariat juga adalah perintah dan tuntutan bagi Islam. Ianya fleksibel dan sesuai sepanjang masa dan tempat. Bagi tujuan melaksanakan syariah ianya terdapat pelbagai disiplin tarekat.

Syarat penting bagi tarekat ianya selaras dengan syariah islam, jika berlawanan dengan syariah maka ia nya tarekat yang sesat dan menyeleweng. Tarekat mesti berpandukan syariah. Banyak tarekat yang sesat yang tidak berlandaskan syariat. Terlalu berlawanan hingga tidak masuk akal. Walaubagaimana pun tarekat harus mengikut arus syariat. Jika tidak ianya sesat.

Terdapat banyak tarekat yang sesat dan menyeleweng, namun terdapat banyak tarekat yang benar lagi benar. Dasarnya terletak pada syariah berpandukan dan berpaksikan al-Quran dan Sunnah SAW.

Nukilan, syair dari kitab Tabbiyatuna al-Ruhiyyah :

"Maka ini ialah jalan yang telah kepupusan, dan pokok yang mana dahannya telah kekeringan, Adalah ia-kalau begitu-sumber yang mulia, Namun bertukar menjadi mazhab yang hina, Jalan ini telah diasaskan atas akal yaang penuh kesahihan, Dan sesungguhnya ia sekarang hanya semata-mata kejahilan, Salik di atas jalan ini hanya sekadar membuat dakwaan, Dan kebanyakkan saliknya hari ini adalah dalam parti yang penuh kerosakan."

Oleh yang demikian dan perlu di ingatkan. Dalam mendalami ilmu tasawuf itu, ianya perlu kepada kefahaman syariah yang asas dan sebaiknya kukuh.

Pesan bapa ku buat diriku :

Sebuah rumah atau binaan harus mempunyai tiang, maka tiang itu harus lah kukuh bagi menahan struktur dindingnya dan bumbung yang akan dibina. Apakah tahan bangunan itu jika dinding dan bumbung yang sempurna tetapi tiangnya tidak kukuh dan kuat. Ianya tidak mampu bertahan lama, maka runtuh lah keseluruhannya bangunan itu. dan lebih mudah sesebuah bangunan yang dibina tanpa tiang untuk runtuh dan musnah.

Harap kalian dapat faham tersiratnya :)

Keperluan menguasai ilmu syariah ini dinyatakan dalam buku2 tasawuf seperti Tanbih al-Mughtarrin, halaman 9 :

"Seseorg daripada mereka (generasi salaf) tidak akan ke depan sebagai syeikh mursyid hinggalah beliau menguasai ilmu-ilmu syariah iaitu beliau telah mentelaah semua dalil mazhab yang pupus dan yang masih hidup, dan sehingga beliau mampu berdebat dengan para ulama dalam majlis-majlis debat dengan hujah-hujah yang muktamad atau rajih."

 Kalau macam ni susahlah atau sukar untuk mencapai ke tahap sebegitu, bukan? Apa yang penting sekarang, bagi sesiapa yang hendak bertarekat, pastikan lah bahawa segala hukum syariah yang asas sudah diselesaikan dahulu. Asas yang memadai serta kukuh untuk membawa tarekat. Sedangkan solat tunggang langgang, bagaimana hendak bertarekat? Yg wajib dan sunat pun huru hara. Apatah hendak membawa wirid atau zikir2 yang ribuan bilangan banyaknya.

Tetapi usah di risau, apabila asas sudah cukup. Maka seorg guru mursyid akan kenal pancar muridnya sejauh mana ia boleh bawa amanat yang hendak di turunkan kepada muridnya peringkat demi peringkatnya. InsyaAllah. Cari lah guru, Ayuh bertarekat kerana ia akan membimbing kamu.

Tarekat mempunyai kaitan dengan tasawuf. Tasawuf adalah satu cabang ilmu bagi meninggalkan sifat tercela dan menghiasinya dengan sifat terpuji. Bagaimana mendapatnya? Adalah dengan bertarekat dan terdapat pelbagai sistem tarekat dengan disiplin yang sedikit berbezanya antara satu sama lain kerana terdapat pebagai jenis tarekat yang wujud yang sanadnya hinggalah ke Rasulullah SAW.

Maka, pelengkap bagi Syariat adalah Tarekat bagi menuju yang Hakikat dalam mencapai Ma'arifat.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment