Sunday 29 September 2013

Pengenalan Tasawuf

Sedikit dan ringkasan bagi pengenalan tasawuf

Makna Tasawuf dalam bahasa arab mempunyai lafaz yang terdapat beberapa makna. Antaranya :
  • Al-Suf - Bulu yang menutup kulit kambing (Kebanyakan ahli sufi memakai pakaian daripada kulit atau bulu haiwan).
  • Sofaa - Bersih daripada kekotoran (Tasawuf ialah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji).
Tasawuf juga adalah usaha untuk beramal dengan ilmu dan proses mendidik jiwa yakni tazkiyah al-nufus (Perbersihan jiwa, hati, akhlak dan sebagainya)

Tasawuf juga adalah akhlak.  Allah SWT memuji Nabi Muhammad SAW dalam surah al-Qalam : 4
Sumber dari : quran.com/68

Akhlak merupakan suatu yang amat besar dalam diri seseorg insan samaada akhlak zahir ataupun batin yakni hati.

Nukilan, syair dalam Hasyiah al-Amir dari kitab al-Madkhal :

"Bahkan tasawuf adalah kamu bersih tanpa kekeruhan,
Dan kamu mengikut kebenaran, al-Quran dan perintah keagamaan,
Dan kamu mendapati bahawa kamu khusyuk penuh kesayuan,
Atas dosa-dosa kamu sepanjang zaman dalam kesedihan."

Saya selalu mengingatkan diri saya sendiri akan tujuan tasawuf moga hati ini terubat. Antara tujuan tasawuf bagi mendapatkan keredhaan dan kecintaan Allah SWT.

ILLAHI ANTA MAQSUDI   WARIDHOKA MATHLUBI
Ya Allah, Engkaulah tujuan ku dan keredhaan Mu lah yang ku cari
A’TINI MAHABBATAKA    WA MA’RIFATAKA
Berilah aku kemampuan untuk daku mencintai Mu dan ma’rifat kepada Mu

Wallahu'alam...


No comments:

Post a Comment