Tuesday 8 October 2013

Ali Imran 3:173, Al-Anfal 8:40, Al-Haj 22:78, At-Talaq 65:3

Tahukah anda..?

Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakil, Fa Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir







"Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)", Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

1. Ali Imran 3:173
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

2. Al-Anfal 8:40
Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu). 

3. Al-Haj 22:78
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Sesungguhnya terlalu luas tersirat di sebalik ayat atau kalimah hasbalah ini yang tak dapat saya luahkan kerana ianya terlalu hebat. Sekadar perkongsian jer ni. Korang cari lah sendiri, moga-moga mendapat ilham dan petunjuk dari Nya yang Maha Esa. Hehe.

Hadith Rasulullah :

Tatkala Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam lautan api oleh para pengikut Raja Namrud bin Kan'an, ia mengucapkan Hasbunallah wa ni'mal wakil , dan api pun tiba-tiba menjadi dingin. Ini diberitakan oleh Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam, ''Akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api ialah hasbunallah wani'mal wakil. '' (HR Bukhari).

 Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! "

Sejarah telah memberitakan kekuatan hasbalah yang diucapkan oleh para nabi dan orang-orang soleh, ketika mereka menghadapi ujian besar ataupun fitnah yang berat. Kekuatannya melebihi kekuatan apa pun di dunia ini, serta menegaskan semangat tauhid pada diri orang yang mengucapkan. Yaitu bahawa hanya kepada Allah sajalah ia berserah diri, dan bahawa semua makhluk di sisi-Nya adalah lemah. Yakin sebenar yakin sepenuh yakin.

Tawakal dan berserah diri :

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment