Aku terpedaya atau menuju jalan yang benar?
Kitab Siyarus Salikin Juz 3 - Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani
Hakikat Ghurur: Iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya.
Hakikat Ghurur: Iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya.
Firman Allah:
Sumber dari : quran.com/31
Barangsiapa yang beriktiqad dirinya beroleh kebajikan beerti ia telah
terpedaya. Yang lebih terpedaya lagi ialah orang kafir, orang yang
melakukan maksiat dan orang fasik kerana menyangka diri mereka berada di
dalam kebajikan dan mereka lupa akan kejahatan diri mereka.
Orang yang terpedaya dengan Ghurur itu banyak dan terdiri daripada empat golongan iaitu:
1. PARA ULAMA
Kata imam Malik r.a:
“Barangsiapa menuntut ilmu Feqah yang Zahir dan tidak menuntut ilmu Tasawuf yang batin maka sesungguhnya ia menjadi Fasik.”
Imam Ghazali rahimahullahu taala telah menyebut secara terperinci
mengenai ulama yang terpedaya di dalam Kitab Ihya Ulumuddin di dalam bab
ini.
Barangsiapa yang tidak mengetahui akan Ilmu yang mengetahui tentang
keaiban dirinya iaitulah Ilmu Tasawuf yang batin atau mengetahui akan
keaiban diri tetapi tidak pula bersungguh-sungguh menghapuskan keaiban
diri yang di dalam batin, maka ia adalah seorang yang terpedaya.
2. GOLONGAN YANG BERIBADAT
Berbuat ibadat yang zahir seperti solat, puasa, berzakat, bersedeqah,
menunaikan haji, membaca quran dan sebagainya sedangkan ia tidak
membersihkan hatinya daripada maksiat-maksiat yang batin seperti riya’,
ujub, sum’ah, kibir, hasad dengki, dan lain-lain lagi, maka ia telah
terpedaya kerana ibadat yang zahir itu sahnya bergantung kepada
pemulihan hati daripada sifat-sifat jahat yang ada di dalamnya.
Diantara orang yang terpedaya di dalam ibadat ialah orang-orang yang
mensia-sia ibadat-ibadat yang difardhukan ke atasnya tetapi
bersungguh-sungguh membanyakkan perkara-perkara sunat dan
syarat-syaratnya.
3. AHLI-AHLI SUFI DAN ORANG-ORANG YANG BELAJAR ILMU TASAWUF.
(Ash-Shufiyah wal-Mutashawwifah)
Antara sufi yang terpedaya itu lagi ialah orang yang belajar ilmu
Hakikat seperti martabat tujuh dan segala yang ada kaitan dengannya
tetapi tidak mempelajari Ilmu Syariat iaitu ilmu Ushuluddin dan ilmu
Feqah, seperti mana kata Imam Malik r.a:
“Barangsiapa yang mempelajari ilmu Tasawuf (yang membicarakan
mengenai ilmu Hakikat) dan tidak mempelajari ilmu Feqah dan ilmu
Ushuluddin, maka sesungguhnya ia menjadi Zindiq.”
Sementara orang yang mempelajari ilmu Syariat yang zahir iaitu ilmu
Ushuluddin dan ilmu Feqah beserta dengan mempelajari ilmu Tasawuf dan
bersungguh-sungguh mengikutinya iaitu bersungguh-sungguh mengamalkannya,
ia memperolehi ilmu Hakikat iaitu ilmu Ma’rifatullahi Taala dengan
sebenar-benar makrifat. Orang seperti ini tidak terpedaya, seperti mana
kata imam Malik r.a:
“Barangsiapa menghimpunkan kedua-dua ilmu Feqah dan ilmu Tasawuf
dengan mempelajari kedua-duanya maka sesungguhnya ia telah memperolehi
ilmu Hakikat (iaitu ilmu Ma’rifatullahi Taala secara yakin dan
muktamad.”
Maulana As-Saiyid Abdullah Al-’Aidarus r.a berkata:
“Hendaklah kamu wahai saudara-saudaraku, mengikuti Al-Kitab iaitu Al-Quran dan mengikuti As-Sunnah atau Hadits nabi s.a.w iaitu Ilmu Syariat yang disyarahkan dalam kitab-kitab Imam Ghazali terutama yang terdapat dalam Kitabut Zikril-Maut, Kitabil-Faqri, Kitabut-Taubati dan Kitabu Riyadhatin-Nafsi, yang mana semuanya itu tersebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin.”
Kitab Ihya Ulumiddin di dalamnya terdapat rahsia ilmu Syariat dan
ilmu Thariqat. Kitab Bidayatul Hidayah di dalamnya terdapat ilmu Taqwa
iaitu ilmu yang membawa kepada ketaqwaan terhadap Allah Taala. Kitab
Al-Arba’in Fi Ushuluddin di dalamnya terdapat keterangan mengenai jalan
yang lurus. Kitab Minhajul Abidin di dalamnya terdapat jalan yang
menyampaikan kepada Allah dan Kitab Al-Khulashah Fil-Fiqhi di dalamnya
terdapat ilmu dan amalan yang menerangi hati.
4. MEREKA YANG PUNYAI HARTA DAN MEMBELANJAKANNYA
Mereka yang mempunyai harta dan membelanjakannya dalam kerja-kerja
kebajikan dengan disertai Riya’ (menunjuk-nunjuk) atau Ujub’ (berbangga
diri) atau Sum’ah atau kerana mahukan kemegahan atau mencari kemashuran
dan supaya manusia menyebutnya sebagai pemurah hati yang mahukan pujian.
Diantaranya:
- Menyumbangkan harta untuk kerja kebajikan dari harta diperolehi secara haram seperti merampas atau menganiaya atau menipu harta orang sedangkan ia tamakkan mendapat pahalanya atau tamakkan dosanya diampuni.
- Jika kerja-kerja kebajikan itu tanpa dituliskan nama mereka sebagai pihak yang mengeluarkan belanja nescaya enggan menyumbangkan harta itu.-ini riya’ atau sum’ah.
- Memberi harta untuk dibelanja menghiasi masjid atau madrasah daripada dibelanja untuk faqir miskin atau selainnya yang memerlukan kepada perbelanjaan untuk hidup di kawasannya.
- Hiasan-hiasan di masjid atau di madrasah itu mengganggu hati orang-orang yang solat.
Nota:
Maksud Syariat yang zahir ialah ilmu Ushuluddin dan ilmu Feqah.
Maksud ilmu Syariat yang batin iailah ilmu Tasawuf.
Ilmu Tasawuf iaitu ilmu Thariqat dan ilmu Hakikat.
Orang yang mengikuti jalan ilmu Tasawuf yang mengandungi ilmu Syariat
yang zahir dan ilmu Syariat yang batin dinamakan Shufi yang Muhaqqiq
Petikan dari 1Khalifah
No comments:
Post a Comment